Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Lindungi wang anda’ Category

Insuran

Salam Semua,

Di sini saya sertakan video menarik tentang insuran

video pertama adalah satu rancangan yang ditayangkan di NTV7 beberapa tahun lepas. Disini juga disertakan sekali wawancara dengan pakar insuran tanah air

Video kedua pula adalah antara “rejection” yang selalu diberikan oleh orang apabila insuran timbul di benak fikirannya.  Saksikanlah dan kemudia fikir adakah anda begitu

sekian, harap dapat terima komen dari anda.

Read Full Post »

Perubatan

Salam semua,

Tahukah anda bahawa kos perubatan adalah salah satu kos yang mengalami impak inflasi tertinggi. Gaji doktor sahaja setiap tahun meningkat naik dan kos ubat yang akan termasuk kos R&D sekali. Jadi jika anda diserang penyakit yang menyebabkan anda terpaksa dimasukkan ke dalam wad, jangan terkejut apabila melihat bil yang patut anda jelaskan.

Kebanyakan syarikat akan menyediakan insuran perlindungan kepada pekerja mereka dengan panel-panel klinik dan hospital. Tetapi hampir semua syarikat akan menetapkan had kepada seseorang pekerja itu. Sebagai contoh, sebuah syarikat meletakkan had perubatan kepada seorang pekerja adalah RM3000 dalam satu resit. Dan jika pekerja itu dimasukkan ke dalam wad dan bil perubatan yang perlu dijelaskan adalah RM5000. Ini bermakna dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri RM2000. Bagaimana jika seseorang itu tidak ada tunai RM2000 pada waktu itu? Ya, jawapannya mudah sekali, kredit kad.

Jadi kad perubatan yang disediakan oleh syarikat insuran adalah jawapan kepada masalah diatas dan ia juga dapat melindungi wang anda terutama simpanan anda (objective money). AIA kini memperkenalkan satu penambahan baru kepada kad perubatan yang sedia ada dengan menambah kepada 33 jenis prosedur harian yang mana anda tidak perlu risau walaupun anda hanya berada di hospital kurang dari 6 jam sahaja asalkan jenis rawatan yang anda terima adalah termasuk di dalam 33 jenis itu. Satu lagi kelebihan adalah AIA telah membuang had seumur hidup dan ia adalah satu-satu kad perubatan di Malaysia yang berbuat demikian. Jadi jika kad anda mempunyai had tahunan sebanyak RM150,000 setahun, anda boleh nikmati jaminan tanggungan perubatan RM150,000 setiap tahun sehingga usia 100 tahun.

Sampai disini sahaja kali ini. Akhir kata “protect and grow your wealth” 🙂

Read Full Post »

Salam,

Kebanyakan orang apabila mula merancang kewangan, mereka hanya tertumpu kepada satu sahaja iaitu tujuan seseorang merancang kewangan itu (objective money). Namun mereka terlupa kepada perlindungan untuk wang yang rancang/simpan itu(serious money).

Sebagai contoh kita ambil satu situasi, seseorang berhajat untuk kumpul wang bagi membiayai wang pendahuluan (downpayment) untuk memiliki sebuah rumah. Kita ambil 10% dari RM200,000 adalah RM20,000. Masa untuk kumpul wang itu dalam 5 bulan.

Berdasarkan situasi diatas, kebanyakkan orang akan menumpukan sepenuh wang mereka ke dalam tabung untuk kumpul RM20,000 itu. Tapi malangnya mereka gagal untuk melindungi tabung wang pendahuluan itu tidak kira semasa dan selepas. Jika kita lihat RM20,000 bahagi 5 bulan, kita perlukan RM4000 sebulan, maksudnya kita tidak boleh ada berlaku apa-apa yang akan mengusik tabung wang pendahuluan rumah kita itu.

Antara contoh perkara atau situasi yang akan mengusik tabung wang pendahuluan rumah kita itu adalah:-

  1. kecemasan seperti kereta rosak,
  2. kesihatan terganggu,
  3. kemalangan,

Jika salah satu dari 3 ini berlaku semasa atau selepas, kita pasti akan mengalami kesusahahan dan kebanyakan orang akan berkata ” apa susah kad kredit kan ada” dan ini akan menyumbangkan lagi masalah kredit mereka dari semasa ke semasa.

Oleh itu kiriman pertama saya ini adalah bertujuan untuk memberi fokus kepada perlindungan kepada wang itu (serious money) dan serious money ini mesti di buat sebelum objective money dimulakan. Jadi apa yang perlu kita buat? apakah instrumennya? Pada mulanya kita hanya perlu kategorikan perkara yang mungkin akan berlaku seperti yang saya buat di atas. Sebagai contoh kecemasan, dalam asas merancang kewangan kita perlu ada satu tabung kecemasan (emergency fund) yang mana jumlahnya adalah bersamaan dari tiga hingga 6 bulan pendapatan bulanan kita. Maksudnya jika gaji bulanan kita adalah RM2000, kita mesti ada sekurang-kurangnya RM6000 hingga RM12,000 didalam tabung kecemasan kita.

Bagaimana pula dengan kesihatan terganggu dan juga kemalangan? Untuk situasi ini adalah terlalu umum untuk kita bincangkan sebab kemungkinan besar dan kecil impaknya kepada kita. Namun percayakah anda dengan jumlah wang yang sedikit anda dapat melindungi tidak kira besar atau kecil impak kemalangan kepada anda? Dan ini anda akan perolehi dari syarikat insuran yang menyediakan plan-plan untuk memberi perlindungan kepada gangguan kesihatan dan kemalangan.

Sebagai contoh, gangguan kesihatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar, kini kita sudah ada kad perubatan yang membolehkan kita memasuki hospital tanpa memerlukan wang yang banyak, dan ini hanya memerlukan sekurang-kurangnya RM335 setahun.

Dan bagi kemalangan pula seperti keracunan makanan atau patah kaki akibat bermain bolasepak, kini kita sudah ada insuran personal accident yang hanya perlukan sekurang-kurangnya RM112 setahun. Oleh itu dengan banyak kemudahan dan cara yang dapat melindungi wang kita, kini kita sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak merancang kewangan dengan betul dan pada masa yang sama melindungi nya.

Sekian akhir kata, protect and grow your wealth. 🙂

Read Full Post »